Pengalaman BERHARGA sebagai petugas PRU 15 2022
اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ
baiklah pada entri kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman berharga saya sebagai petugas PRU 15 2022 baru2 ini. saya amat berharap agar perkongsian ini sedikit sebanyak memberi maklumat secara umum kepada pembaca mengenai apa yang saya lalui sepanjang proses pru 15 ini berjalan.
19 nov seawal 4 pagi saya bersiap untuk ke tempat dimana saya ditugaskan itu sejauh 17km dari tempat tinggal saya, nak dijadikan cerita pada pagi itu hujan lebat turun sehingga saya terpaksa meredah hujan untuk mendapatkan grab syukur alhamdulilah segalanya dipermudahkan saya sampai ditempat bertugas pada pukul 6 pagi hehe awal nau wehh sepatutnya kami semua kena berkumpul 7:15 pagi awal nau saya datang..
SJKC CONFUCIAN
saya ditugaskan sebagai pemandu arah pusat mengundi (PAPM) di sebuah sekolah cina iaitu sjkc confucian iaitu pusat mengundi bagi pengundi P120 bukit bintang.. so basically tugas PAPM ni macam2 kita terlibat antaranya kita jadi penunjuk arah pada pengundi2, check saluran pengundi,tolakkan kerusi roda OKU, agihkan makanan2 pada petugas2 SPR.. tapi pengalaman yang paling bermakna bagi saya ialah dapat membantu pimpin,tolak kerusi roda,payungkan warga2 emas jauh2 yang datang demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.. jadi yang mana tertanya berapa elaun untuk petugas PAPM ialah RM235 .. lain jawatan lain elaun yang diperuntukkan so korang boleh check out kat bawah bayaran elaun petugas mengikut jawatan.
Gambar 1: imbuhan/elaun yang diperuntukkan mengikut tugas dan jawatan
Gambar 2: bersama petugas2 SPR P.120
so waktu mula mengundi bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang..selepas tamat waktu mengundi kami semua mula sesi kemas mengemas apa yang patut seperti turunkan banner,kemas bawah khemah buang sampah dll. jadi inilah team yang sangat best semua peramah even mostly dah berumur and bekerja tapi semua berikan komitmen yang padu hehe syabas!!.ehh lupa nak mention makanan yang diberikan pun hampir 4x weh HAHA memang kenyang weh pagi: nasi lemak ayam tghari: nasi hujan panas petang; kuih muih pulak mmg kenyang kaw2.
Syukur alhamdulilah ,saya sebagai anak muda sangat berbangga kerana dapat melibatkan diri secara langsug dalam PRU kali ini yang diadakan 5 tahun sekali ..saya juga turut menyeru pada generasi muda untuk turut bersama2 melibatkan diri dalam proses pilihan raya yang akan datang.
sekian terima kasih..



sanusijunid.blogspot.com
ReplyDelete