Pengalaman bekerja di 7 eleven waktu covid 19
Assalamualaikum semua.
Hi!! so basically this is my first time tulis dan masih sangat baru dalam dunia blog ni ye hehe.so harini aku just nak share pengalaman peribadi aku sepanjang bekerja di 7 eleven (2019-2020) so nak dijadikan cerita lepas habis spm 2019 sementara tunggu keputusan spm dan panggilan untuk sambung belajar aku pun decide la untuk cari duit pocket and cari pengalaman2 kerja hehe so aku pun gigih la apply kerja merata juga lah (GSC,KFC,STARBUCKS,7ELEVEN) last2 aku pergi interview untuk kerja dekat 7 eleven and alhamdulliah dapat ye la mana tak excited kan dapat kerja.
aku pun bekerja sebagai SA (store associate) gaji permulaan 7e pada tahun 2019 Rm1200 tak termasuk OT sekarang dah Rm1500 tak silap. dekat 7e normally ada 3 shift : 7 am - 4 pm , 4pm-12pm, 11pm-7am. so inilah shift yang ada time tu sebab 7e kan 24 jam kan , tapi aku dengan kawan aku ain ni selalu dapat shift malam (huhuh) bayangkan time tu kitaorang underage and kena shift malam 11pm-7am which is against the law emm tapi nak buat mcm mana kan tak cukup staff , kerja retail ni memang sangat penat and kadang2 orang ingat owh kerja retail ni senang je susun barang,kemas,cashier, but NO mental ngan fizikal damage siot HAHAHA nasiblah ada Ain dowh dia lah yang terpaling rajin and selalu lah kitaorang sama2 shift so best la sebab aku kawan yang masuk air and senang nak deal ngan dia.
kerja 7e ni paling aku benci ialah waktu CDC datang wehh memang sakit hati ngan mental HAHAH takdelah bayangkan lah hq ni selalu hantar banyak2 stok haih memang penat lah kalau time CDC kebiasaanya CDC ini hari khamis and ahad setiap minggu dalam pukul 3-5 pagi macam tu HUHU dengan mengantuknya hadap cdc lagi haih tapi takpe pengalaman yang berharga yang tidak akan aku repeat balik HAHAH. dengan gaji ciput time tu kan mmg tak berbaloi lah tapi untuk cari pengalaman untuk budak2 muda baru habis spm boleh lah .
so rutin harian sebagai pekerja 7e kau kena hadap cashier,CDC,stock up air and keropok and cleaning so benda ni kena buat tiap hari mmg penat weh. belum lagi kalau OM.FM datang store HAHA mmg x leh nak rilek ah
banyak sangat kerja yang kau kena hadap bila kau decide untuk masuk bahagian retail ni sama jugaklah mcm f&b. aku ingat lagi time bulan puasa huhu nak berbuka puasa pun tak senang weh sebab setiap minit je ada manusia2 datang beli time berbuka pulak tu haih hehe tapi takdelah marah sebab kita tahu kerja kita untuk serve diorang.. nasib aku dengan ain selalu gilir2 (kitorang berbuka dekat store) kadang2 kita orang berbuka je kat depan kaunter cashier tu hmm ada gak time kita orang lewat berbuka sebab customer ramai.
ingat lagi time aku accident weh lepas balik kerja hantar kawan aku balik rumah dia kan lepastu aku dengan takde lesennya baru belajar bawak motor lagi.. lepas balik hantar tu aku ikut la jalan berbukit dah malam kan dalam pkul 12 malam mcm tu aku pulak time tu bawak laju nau nak dijadikan cerita aku bawak laju then terlanggar lah bonggol fuh time tu berpusing motor aku mat dengan tak pakai helmetnya tapi syukur alhamdulillah nyawa aku masih panjang malam tu aku rasa mcm allah bagi aku peluang yg kedua .. huhu nasib muka aku bergesel dkt tar tu wehh.. ookk lepastu dengan luka2 aku gagahkan diri bangun angkat motor aku then balik rumah dengan keadaan berdarah luka2 .. then balik je rumah ibu aku dah nangis2 dah HAHA, then keesokkanya pulak aku gi klinik untuk cuci luka then aku ni tak inform dekat sesiapa pun kecuali ain je so aku gagahkan diri masuk kerja mcm biasa and buat2 tak sakit tapi sebenarnya hanya allah sahaja yg tahu apa yg aku lalui. aku pun teruskan buat2 kerja seperti biasa..hehe komited betul saya dengan kerja saya
fuh lepastu tak lama kemudian encik covid pulak datang melanda dunia weh hmm memang tak best la dowh semua business terjejas time tu termasuk lah7e lak time covid roti lah paling barang yang paling laris HAHA selalu aje habis , time covid ni best sebab 7e tak bukak 24 jam so best lah tutup 12 malam gitu. lepastu nak dijadikan cerita air cond pula leaking time2 gini weh habis banjir weh mmg tiap2 masa kena mop and mop dengan customer ramai lagi entahlah time ni rasa mcm nak berhenti 24 jam pun ada HAHA .
Jadi kesimpulannya, itulah pengalaman aku sepanjang bekerja di 7eleven yang takkan aku lupakan ,kerja kat mana2 pun akan rasa penat sama ada mental mahupun fizikal ye la mana ada kerja yang mudah sis so time muda2 ni lah ambil pengalaman untuk buat kerja2 berat and stressful mcm ni sebab benda nilah akan buat kita lebih tekun berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik .
okkk guyss sekian terima kasih..
Comments
Post a Comment